Wednesday, July 20, 2011

Ramadhan Kareem




Ya Allah,sekejap betul masa berputar. Serasa baru bulan lepas saya berpuasa Ramadhan,benar!!! Masa yang berlari ini bagai dikejar sesuatu,larinya tidak lagi menanti mereka-mereka yang lalai dan leka.Harapannya saya tidak tergolong dalam golongan itu,nau'zubillah.
Tahun ini kali kedua saya meraikan Ramadhan sebagai seorang suri dihati suami tercinta.Alhamdulillah diberi kesempatan, ruang dan peluang berkhidmat sebelum mata tertutup.

Harapan Ramadhan
Siapa berani jamin yang dirinya masih sempat menyentuh dan menghirup udara barakah Ramadhan?Saya sendiri masih berteka-teki,mudah-mudahan ada lagi ruang untuk bertemu bulan yang penuh barakah dan melimpah-limpah pahala yang dijanjikanNya.AllahummaBalighna Ramadhan..amin.Semoga dengan adanya peluang bertemu Ramadhan,kita dapat membentuk hati,akal fikiran, nafsu,akhlak dan seluruhnya untuk benar-benar menjadi seorang hamba yang taat dan patuh pada al-Khaliq.

Tarbiyah Ramadhan
Dari Ramadhan,kita kenal erti sabar,erti bersedekah,erti jujur,erti qanaah,erti perhambaan dan penyerahan kepada ar-Rahman.Ya Allah,madrasah Ramadhan mampu melahirkan graduan-graduan yang berkualiti dan mantap. Tetapi mengapa kuantitinya amat mudah untuk dikira?Terlalu sedikitkah?Tidak perlu kita melihat orang itu dan orang ini,tarbiyah Ramadhan adalah untuk setiap individu,jadi renung dan muhasabahlah diri kita,dimana kita semasa sesi pentarbiyahan itu? Allah...

Bulan al-Quran
Maklum,hanya dengan satu huruf dari kitab suci sudah mampu menggandakan pahala dari bulan-bulan lain,inikan pula satu ayat,satu surah,satu juzu' dan melengkap satu mashaf.Bagitulah janji Nya.Budayakanlah al-Quran dalam kehidupan kita,mudah-mudahan kita mampu melahirkan generasi yang dibentuk dari acuan al-Quran,mukjizat agung,bukan sekadar dibulan ini sahaja,mudah-mudahan berterusan hingga bertemu Ramadhan akan datang,AllahummaAmen.

Sunday, June 26, 2011

Selamat Pagi

Bismillah walHamdulillah. Lafaz pertama bila jemari ini mampu melari-larikan pena menyusun aksara di halaman sendiri. Benar,sejak pulang dari bumi anbiya' pada Julai 2009 yang lalu,halaman ini makin ditinggal-tinggalkan. Sebetulnya,hati teringin benar meneruskan penulisan untuk diri sendiri. Menulis untuk peringatan buat diri kerdil ini.

Hari ini, saya cuba , dan akan terus mencuba untuk sentiasa mahu menulis dan melakar sesuatu buat diri,dan mungkin boleh berkongsi sesuatu buat pembaca yang sudi menziarah dan bertandang.

Mudah-mudahan saya sentiasa diberi izin dan kudrat dari Allah, untuk sentiasa mampu mencoretkan sesuatu disini, pastinya yang bermanfaat,amen. =) wa ila ALLAHi aqrab.


*** menulis sambil ditemani siaran 'adik dan al-quran'. Ceria sungguh adik-adik dalam rancangan ini, ditambah pula dengan kreatif ustaz Zamri dan ditemani oleh Ustaz Hassan Din al-Hafiz..